E-IKLAN

Kisah Tak Bayar Saman




Mesti ramai yang pernah kena samankan cuma ada antara kita yang dah bayar atau masih belum bayar.


Saje nak cerita pasal kena saman dulu, masa tu kat Melaka.. baru balik kerja tiba-tiba ada roadblok pulak.. nak wrong way bahaya pulak.. nak tak nak terpaksa redah jugak... dah tau lesen mati redah jugak roadblok JPJ tu. Masa nak sampai roadblok tu nekad je la minta-minta tak kena tahan. Nasib tak baik rupanya.. Abg J tu minta berhenti tepi.. macam biasalah soalan pertama dia tanya "minta lesen dan road tax".


Akupun bagi la lesen yang mati tu dengan harapan Abg J tak perasan lesen aku dah mati. Sekali kantoi jugak.. kita ape lagi buat-buat la lupa nak renew lesen.. hehehe.. tak de maaf.. terpaksa sain surat cinta sekeping. Terpaksa redha je la kene saman hari tu.


Dalam saman tu ada tulis kesalahan dan bagi tempoh tarikh untuk membuat pembayaran sebelum tarikh Mahkamah ( kalau tak bayar saman). Masa tu buat sambil lewa je anggap tak ada ape-ape.. yela tak pernah kena saman...


Aku lupa terus pasal saman sebab sibuk kerja dan hal-hal keduniaan ni....


Kalau tak silap aku 3 bulan lepas tu mak aku call dari kampung cakap ada surat Mahkamah sampai rumah kampung. Terkejut jugak.. tanya mak aku surat mahkamah pasal apa.. mak bagitahu pasal kena saman lesen mati.


Baru la otak aku refresh balik pasal kena saman tak de lesen tu... huhu.. tu la degil tak nak bayar saman..


Bila cuti minggu henjut balik kampung terus nak amik surat mahkamah tu, Hati orang tua mulala risau bila ada hal-hal macamni nak pulak melibatkan mahkamah. Aku terangkan elok-elok kat orang tua dan minta mereka rilek-rilek je.. aku akan settlekan benda ni.


Dalam surat tu kena hadir perbicaraan ke Mahkamah Alor Gajah...


Akhirnya... hari perbicaraan mahkamah aku tiba.. memang tak de pengalaman langsung naik mahkamah.. sampai je sana tanya orang kat situ dan minta aku jumpa Abg J kat situ. Abg J tengok surat aku.. dia minta follow dia masuk court nanti.. ada la beberapa orang yang follow sekali.. semua kes tak bayar saman... hahaha..


Ok.. masuk dalam mahkamah tu kena duduk dia.. tak boleh bising.. kes demi kes akhirnya...sampailah giliran nama aku kena panggil masuk kandang...huhu.. masa tu menggigil je tengok muka Hakim...


Pembantu hakim yang duduk bawah tu bacakan kesalahan-kesalahan aku.. aku mengaku salah.. lepas tu hakim cakap kenapa aku buat macamtu.. so aku bagilah keterangan masalah-masalah aku... Hakim tanya lagi kat aku ada apa-apa lagi nak cakap ?... aku ape lagi minta la saman aku dikurangkan sebab faktor-faktor kewangan.. dari RM300 aku dapat less RM200 dari Hakim... dan minta aku bayar terus saman terebut.. nasib tuan hakim tak bagi double... huhu


Selesai je naik court aku terus jumpa Abg J tadi nak bayar saman... sebab takut kena naik court lagi aku bayar je la saman pada hari tu.. serik kena saman..


Selesai kes tak bayar saman aku... Nasihat aku kalau ada kawan-kawan yang ada saman tertunggak pergi la bayar sebelum tarikh bicara.. banyak urusan kena buat nanti... leceh..

Ringkasan

Assalamualaikum..

Menerima tempahan nombor plate kereta/motor. Kualiti besi adalah baik. Servis paling pantas untuk pembeli.

Kereta:

No Euro RM140
No Spore RM140
No Kristal RM100
No Tanam RM110

*Tambahan RM30 jika nak set papan carbon.
*Tambahan RM30 jika nak set plate holder.

Motor:

No biasa RM35
No Warna RM40
No Tanam RM40
No Kristal RM40

Lori / Plate lesen :

No besi RM70

(*Caj pos telah termasuk dalam harga.)
(*Sabah&Sarawak caj tambahan RM5.00.)

==========================
Berminat Whatsapp saya gambar sample no plate yang anda nak tempah ke 0133967167.

MRS Marketing
(SA0326199-D)

===========================
EJEN DROPSHIP DIPERLUKAN !!!!!
EJEN DROPSHIP DIPERLUKAN !!!!!
===========================