Skip to main content

PERSIAPAN MENANTI KELAHIRAN BAYI UNTUK PARA SUAMI


Adakah anda bakal menjadi bapa tidak lama lagi ? Tahniah kepada anda.. Semoga akan menjadi anak yang soleh atau solehah kepada pencipta-Nya dan ibu bapa. Kalau info pasal ibu hamil dah terlalu banyak dan disini saya cuma nak kongsikan tips-tips kepada para bakal BAPA dalam menghadapi kelahiran anak tidak lama lagi.

Persediaan perlu dilakukan seawal 3 atau 2 bulan sebelum tarikh isteri due ( anggaran tarikh kelahiran ). Semoga dapat membatu 

   # HARI PERTAMA   
Hari pertama isteri muntah-muntah tekak loya.. rasa tekak kembang.. anda perlu belikan isteri pregnancy test kepada isteri. Seeloknya lakukan test pada awal pagi selepas bangun tidur. Tiba-tiba naik 2 line bermakna isteri anda hamil. TAHNIAH !!!.

Bermula dari hari tersebut jangan biarkan isteri lakukan tugas berat seperti angkat bebanan atau berlari atau apa-apa yang diluar kemampuan isteri. Kerana dalam waktu ini kandungan belum cukup kuat. Berikan makanan yang berkhasiat kepada isteri.. sebab kat dalam tu perlukan makanan yang berkhasiat. ELAKKAN makan benda yang tajam seperti nenas.

Kebiasaannya BUKU MERAH @ BUKU MENGANDUNG perlu dibuat lebih kurang 2 bulan usia kandungan. Jika anda buat terlalu awal nurse akan suruh pulang dulu sehingga kandungan ikut usia yang dikehendaki.

*WAKTU NI DAH BOLEH START SAVING DUIT.... BANYAK BENDA KENA BELI NANTI.. HEHE... SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN...

   #BULAN KEDUA   
Buku Merah perlu dibuat di Klinik Kesihatan terdekat dengan kawasan kediaman anda. Sebab kawasan kediaman kita telah ada jururawat yang menyelia dan memantau para ibu mengandung. Kita hanya perlu ke Klinik Kesihatan sahaja dan maklum pada jururawat bertugas.

Bermula dari hari ini isteri akan membuat pemeriksaan susulan di Klinik Kesihatan dalam satu bulan sekali. Semakin dekat dengan tarikh due semakin kerap kena buat pemerikaan di Klinik. Jururawat akan bagi tarikh temujanji di Klinik.

   #BULAN KE ENAM @ TUJUH   
Waktu ni anda dah boleh start beli sikit-sikit keperluan anak yang bakal lahir, masa ni isteripun masih lagi kuat untuk bergerak. Saya listkan apa yang WAJIB anda beli.. boleh la buat bajet perbelanjaan dari sekarang..
  1. Pampers New Born.
  2. Baju New Born.
  3. Kain putih 4 segi tu ( Kain Bedung ).
  4. Peralatan mandi bayi dan minyak-minyak.
  5. Beg baby ( JIKA MAMPU ) jika ada beg-beg lamapun boleh digunakan.
  6. Barut.
  7. Sarung tangan / sarung kaki.
List diatas adalah barang wajib ada.. yang lain-lain tu terpulang kepada kemampuan anda nak beli macamana.. Kalau dah scan doktor sahkan jantina maka anda boleh siapkan pakaian untuk baby ikut jantina yang diberi. Tapi saya nak ingatkan scan jantina baby hanya 60%-70% je tepat. Kadang-kadang bila keluar jadi lain jantina. Kuasa Tuhan... siapa mampu nak halang... Kita hanya mampu merancang.. Allah tentukan segalanya.. 

   #BULAN KE TUJUH @ LAPAN  
Selepas kelengkapan bersalin @ baby dah cukup... anda boleh packing dalam satu beg khas untuk bawa ke hospital sebab waktu ini isteri anda boleh bersalin bila-bila masa sebelum tarikh due. Saya listkan keperluan untuk beg baby.
  • Pampers dalam 3 keping.
  • Kain bedung.
  • Baju new born.
  • Barut.
  • Stokin / sarung tangan baby.
  • BUKU MERAH baby.
  • Surat GL ( jika anda kakitangan kerajaan ).
Jangan bawa banyak-banyak sebab berat nak bawa ke Hospital. Nurse akan minta kelengkapan tersebut ketika isteri dah chek in ke dewan bersalin dan berikan pada nurse bertugas.

   #BULAN KE LAPAN @ SEMBILAN   
Haa.. bulan ni kira bulan kemuncak.. isteri anytime je boleh bersalin.. kadang-kadang awal sebulan kadang-kadang lewat.. Tak dapat dijangka.. So, pastikan kelengkapan semua dah siap.. Termasuk satu beg untuk kelengkapan isteri ( anda spare la pakaian untuk 2 hari ). Mungkin isteri akan tidur wad sehari atau lebih bergantung pada keadaan isteri.

   #HARI KELAHIRAN   
Pada waktu ini bahagian bawah isteri ada darah sikit @ banyak.. atau mungkin ada macam air keluar.. ada orang rasa sakit ada orang tak rasa sakit...  Cepat-cepat bawa ke hospital.. Jangan lupa  bawa kelengkapan dalam beg tadi.

  • BEG BABY
  • BEG KELENGKAPAN ISTERI
  • MYKAD
  • BUKU MERAH
  • GL ( jika kakitangan kerajaan )
Di hospital isteri akan di tahan mungkin dalam 2jam atau 3jam atau 8jam atau lebih... bergantung kepada Doktor bertugas. Sebab bukaan bawah tu kadang2 cepat dan tak dapat dijangka waktunya.

Tunggu punya tunggu... tiba-tiba nurse panggil... "Suami kepada Minah Bt Mamat..." maklum isteri selamat bersalin.. Nurse akan minta anda daftar masuk wad kat kaunter pendaftaran ( Jangan Lupa Bawa IC Isteri).  Selesai daftar pergi semula ke dewan bedah... Nurse akan suruh anda Azankan anak ( Bagi yang beragama Islam ). Jika tak ada apa-apa isteri boleh keluar pada hari tersebut atau keesokan harinya. Baby akan dipantau selama sehari atau lebih bergantung pada kesihatannya ( pengalaman saya ). Kos bersalin kat hospital kerajaan anggaran dalam RM700 ( KELAS 2).

   #TANAM URI ANAK   
Uri anak perlu diurus.. sebelum ditanam anda perlu basuh dulu uri tersebut.. cuci dengan garam dan asam jawe sampai darah yang melekat pada uri tu tanggal dan bersih... kemudian bungkus uri tersebut gunakan kain putih.. masukkan didalam satu bekas tembikar yang ada penutup... kalau tak ada guna tempurung kelapa pun boleh... Kalau ikut adat orang melayu letakkan apa-apa macam duit syiling @ pen @ apa-apa yang melambangkan rezeki @ nasib yang baik untuk anak apabila dewasa nanti. Lepas tu tanamlah di kawasan yang redup.. kat sebelah pokok ke..

Orang melayu ni ada macam-macam adat.. terpulang pada adat masing2.. selagi adat tersebut tak salah disisi Islam.

   #SURAT BERANAK  DAN MYKID  
Ok... selepas semua selamat.. anda diberi tempoh selama (14) hari untuk daftar kelahiran anak kat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Saya listkan dokumen yang perlu bawa.
  1. Mykad suami & isteri Original DAN 1 salinan.
  2. Sijil Kahwin Original DAN 1 salinan.
  3. Buku merah Original DAN salinan muka depan , m/s 34 & m/s 35.
  4. Laporan kelahiran hospital Original DAN 1 salinan.
List ni setakat hari ini lah.. Apa-apapun pihak hospital akan bagi list jugak dokumen-dokumen yang perlu bawa nak buat surat beranak anak nanti.

   #UPAH URUT BERSALIN   
Lepas isteri bersalin kenalah berurut.. kalau tak bentan nanti lagi masak.. kalau kat kampung mesti mak tahu tukang urut yang pandai.. Kalau kat kawasan bandar kena tanya lah kawan-kawan yang berpengalaman mana nak cari tukang urut.. kos kat kawasan bandar 3x urut anggaran dalam RM300 jugak la siap jamu semua.. kalau di kawasan kampung mungkin murah sikit.

   #LAPOR SEMULA DI KLINIK KESIHATAN   
Selepas isteri dan anak dah keluar hospital... anda bawa buku merah dan buku baby ke klinik kesihatan di tempat isteri anda berpantang dan maklum kepada jururawat bertugas.

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu para bakal AYAH membuat persiapan dari segi kelengkapan dan juga wang ringgit dalam menghadapi kelahiran anak tidak lama lagi. Simpanan perlu ada sekurang-kurangnya RM2000-RM3000 untuk segala kelengkapan, bil-bil hospital dan lain2 kes kecemasan dalam menghadapi kelahiran anak. Kalau hospital swasta kena lebih banyak la,,, hehe...ikut kemampuan anda... 

Terima kasih dan tahniah kepada bakal-bakal ayah semua...






Popular posts from this blog

Apa Itu Coverset HLY dan HLD

PERSAMAAN & PERBEZAAN  Coverset HLY dan HLD Ori Motor, Ori Kilang, dan Ori Kedai.


Ramai yang tertanya-tanya apa perbezaan antara coverset HLY dengan HLD. Saya akan cuba menerangkan secara detail tentang perkara ini. Penerangan ini agak panjang dan akan disertakan dengan beberapa contoh dari dunia kereta.

HLY adalah singkatan bagi "Hong Leong Yamaha", HLD pula adalah "HonLiD". Terdapat juga beberpa jenama lain yang membuat coverset seperti M-Seki, Nakasone, dan Imasen.

Apa yang membuatkan semua coverset tu sama ialah kat kotak tulis "MADE IN MALAYSIA". Persamaan lain yang mungkin kita tak nampak sangat ialah material membuat coverset iaitu ABS. ABS ialah Acrylonitrile-Butadiene-Styrene iaitu sejenis polimer bersifat termoplastik. Antara barang lain yang dibuat menggunakan ABS ialah cover side mirror kereta, jejari yang terdapat di piano yang bewarna hitam dan putih, dan permainan LEGO yang terdapat pelbagai warna.

Apa yang cuba saya tekankan di sini r…

DESIGN KERETA NOMBOR

DESIGN HURUF DI ATAS UNTUK KERETA SAHAJA
UNTUK HARGA SILA RUJUK SINI => HARGA
UNTUK PERMUDAHKAN TEMPAHAN SILA BERIKAN SAYA CONTOH GAMBAR DAN BERIKAN SAMADA ANDA MAHU JENIS KRISTAL / TANAM / BESI.
SEGALA URUSAN MELALUI WHATSAPPBAGI MEMUDAHKAN URUSAN RUJUKAN GAMBAR SAMPEL YANG ANDA MAHUKAN.
UKURAN PAPANKAMI AKAN MENGIKUT UKURAN PLATE HOLDER SAMADA PANJANG/PETAK DAN SEKIRANYA ANDA ADA UKURAN SENDIRI SILA BERIKAN UKURAN TERSEBUT KEPADA SAYA. UKURAN HENDAKLAH DALAM BENTUK SEGIEMPATSAHAJA.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 013-3967167




Senarai Harga

SENARAI HARGA BAGI SEMENANJUNG DAN SABAH SARAWAK (TERMASUK POSTAGE)

PLATE MOTOR :
NO BELAKANG BIASA BESI KETUK  RM35sm / RM40ss NO BELAKANG WARNA (2+ WARNA) RM40sm / RM45ss NO BELAKANG PANTUL CAHAYA RM40sm /RM45ss NO KRISTAL BELAKANG RM35sm / RM40ss NO 1 SET DEPAN TROJAN RM70sm / RM80ss NO 1 SET DEPAN PANJANG RM60sm / RM70ss +TAMBAH NO STIKER DEPAN 1 SET (2 PCS) RM10 
PLATE KERETA :
NO 1 SET MALAYSIA RM120sm/RM130ss NO 1 SET EURO RM140sm/ RM150ss NO 1 SET SINGAPORE RM140ss / RM150ss NO 1 SET KRISTAL RM120ss / RM130ss NO 1 SET PRINT GLASS@TANAM RM130sm / RM140ss +TAMBAH 1 SET PLATE HOLDER +RM30 (2 PCS) +TAMBAH 1 SET STIKER CARBON +RM30 (2 PCS)
PLATE LORI / TEKSI :
NO 1 SET RM80sm / RM90ss
CUSTOM PLATE @ PAPAN NAMA :

1-12 HURUF RM110sm / RM120ss